Agong, Raja Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah

KUALA LUMPUR, 28 September – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.
  • Mendoakan rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
  • Berharap Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
  • Mendoakan keluarga diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi kehilangan.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.

Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.