
KUALA LUMPUR, 28 September – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengiringi pemergian isteri tercintanya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dengan ungkapan doa.
RINGKASAN BERITA AI
- Tun Dr Mahathir mendoakan agar Allahyarham dikurniakan keampunan dan kesejahteraan oleh Allah SWT melalui hantaran media sosial.
- "Ya Allah, ampunilah dia. Rahmatilah dia. Sejahterakanlah dia. Maafkanlah dia," doa ringkas negarawan itu.
- Hantaran itu mengundang sebak dan menerima ucapan takziah daripada seluruh rakyat Malaysia.
- Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara, disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Tun Dr Mahathir menerusi hantaran di media sosialnya, mendoakan agar Allahyarham dikurniakan keampunan dan kesejahteraan oleh Allah SWT.
“Ya Allah, ampunilah dia. Rahmatilah dia. Sejahterakanlah dia. Maafkanlah dia,” doa ringkas negarawan itu.
Hantaran tersebut turut mengundang sebak selain menerima ucapan takziah daripada seluruh rakyat Malaysia.
Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara pada pagi tadi.
Berita pemergian itu disahkan anak Allahyarham, Tan Sri Mokhzani Mahathir.