Laluan sekitar Shah Alam ditutup sempena LTdL 2026

Foto fail Bernama

SHAH ALAM, 25 September – Beberapa laluan di sekitar Shah Alam akan ditutup sementara Ahad ini bagi memberi laluan kepada perlumbaan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlumbaan bermula 11.00 pagi dari Radia Arena, Bukit Jelutong; penutupan jalan bermula 10.45 pagi.
  • Laluan terlibat: Persiaran Gerbang Utama, Persiaran Mokhtar Dahari, Jalan Paip, Jalan Bukit Cerakah, Jalan Sentosa hingga sempadan Shah Alam-Klang Utara.
  • Turut terlibat: Lebuhraya Guthrie, Jalan Sungai Buloh, Sunway Kayangan, Cahaya SPK, Lebuhraya DASH serta kawasan Perdana Heights, Sunway Alam Suria, Alam Budiman, Greenhills.
  • Jalan dibuka secara berperingkat kira-kira satu jam selepas perlumbaan; pengguna dinasihatkan patuhi arahan petugas, elak kawasan jika tidak perlu dan berhati-hati.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Sarudin Samah berkata, perlumbaan bermula pada 27 September pukul 11 pagi dari Radia Arena, Persiaran Tebar Layar, Bukit Jelutong, manakala penutupan jalan bermula 10.45 pagi.

Menurutnya, laluan perlumbaan melibatkan Persiaran Gerbang Utama, Persiaran Mokhtar Dahari, Jalan Paip, Jalan Bukit Cerakah dan Jalan Sentosa hingga ke sempadan trafik Shah Alam-Klang Utara.

Turut terlibat ialah Lebuhraya Guthrie, Jalan Sungai Buloh, Sunway Kayangan, Cahaya SPK, Lebuhraya DASH serta kawasan Perdana Heights, Sunway Alam Suria, Alam Budiman dan Greenhills.

“Jalan yang terlibat akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh kira-kira satu jam selepas perlumbaan melalui laluan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan petugas di lapangan serta mengelak kawasan terlibat jika tiada keperluan mendesak bagi mengurangkan kesesakan dan kelewatan perjalanan.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati sepanjang tempoh penutupan jalan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.