Unit Integriti perlu diperkasa jadi rakan strategik pengurusan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika berucap pada Majlis Penutupan Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-5 Tahun 2026 di Putrajaya – Foto RTM

PUTRAJAYA, 25 September – Unit Integriti perlu diperkasakan sebagai rakan strategik kepada pihak pengurusan, bukan sekadar berperanan mengurus aduan atau mengambil tindakan selepas berlakunya sesuatu pelanggaran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenal pasti risiko lebih awal dan tutup kelemahan sistem untuk membina budaya integriti yang kukuh dalam organisasi.
  • Jangan anggap Unit Integriti sekadar urus aduan; jadikan ia rakan strategik pengurusan bagi pencegahan dan pembinaan budaya integriti.
  • Keberhasilan antirasuah diukur bukan pada jumlah tangkapan, tetapi menutup ruang rasuah dan memperkukuh tatakelola.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pendekatan itu penting bagi mengenal pasti risiko lebih awal selain menutup kelemahan sistem serta membina budaya integriti yang kukuh dalam organisasi.

Sekali gus, menutup ruang berlakunya rasuah dan kelemahan tatakelola dapat diperbaiki.

“Unit Integriti tidak seharusnya dilihat sebagai sebuah unit yang hanya mengurus aduan, pematuhan atau tindakan susulan apabila berlaku sesuatu pelanggaran.

“Sebaliknya, perlu dilihat sebagai rakan strategik kepada pengurusan tertinggi dalam membina budaya integriti dan mencegah risiko rasuah sejak dari awal,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-5 Tahun 2026 di sini.

Tan Sri Johari juga berkata, kejayaan Unit Integriti tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah kes yang dikesan semata-mata.

Sebaliknya, ukuran lebih besar adalah apabila risiko dapat dikenal pasti lebih awal, kelemahan sistem diperbaiki dan budaya integriti menjadi sebahagian daripada nilai teras organisasi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kejayaan agenda antirasuah secara keseluruhan juga bukan hanya bergantung kepada jumlah tangkapan, pertuduhan atau sabitan, sebaliknya keupayaan menutup ruang rasuah dan memperkukuh tatakelola.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.