
JITRA, 22 September – Persidangan Kebangsaan Kajian Tindakan: Transformasi Ke Arah Karya Akademik (KARYA 2026) membawa aspirasi “Mengangkat Kajian Tindakan ke Persada Akademik,” bertepatan dengan keperluan untuk melihat guru bukan sahaja
sebagai pelaksana pendidikan, malah sebagai penyelidik, inovator dan pencetus perubahan.
- Mengutamakan inovasi pengajaran yang disesuaikan bagi keperluan murid, kerana pendekatan berkesan tidak seragam untuk semua.
- Setiap inovasi mesti memberi nilai tambah dan meningkatkan prestasi serta perkembangan murid secara menyeluruh.
- Persidangan menggalakkan jaringan dan kolaborasi profesional serta integrasi pembelajaran berasaskan cabaran, AI dan robotik untuk memperkasa ekosistem pendidikan.
Dalam konteks ini, inovasi pengajaran dan pembelajaran perlu diberikan perhatian yang sewajarnya memandangkan pendekatan pengajaran yang berkesan tidak semestinya sama untuk setiap murid.
Lebih penting ialah setiap inovasi memberikan nilai tambah kepada pembelajaran dan meningkatkan prestasi serta perkembangan murid secara menyeluruh.
Menurut kenyataan Pengerusi Eksekutif FCoEE, Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin, penganjuran KARYA 2026 yang melibatkan 208 peserta yang terdiri daripada pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah.
Persidangan turut menyaksikan pembentangan 50 kertas kerja yang turut membawa nilai yang amat penting iaitu pembinaan jaringan dan kolaborasi profesional.
“Kehadiran peserta dari pelbagai negeri membuka peluang untuk guru bertemu, berkongsi pengalaman, bertukar idea dan membina jaringan baharu.
“… serta mewujudkan kolaborasi antara guru, sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, institusi latihan, institusi pengajian tinggi, penyelidik dan rakan strategik bagi menghasilkan penyelesaian pendidikan yang lebih inovatif dan berimpak”, katanya.
KARYA 2026 menggabungkan dua program utama FCoEE, iaitu program Komuniti Pembelajaran Profesional melalui pendekatan Pembelajaran Berasaskan Cabaran serta Program Kecerdasan Buatan dan Kelab Pendidikan Robotik ((AiRED) .
Kedua-dua prgram ini melengkapi aspirasi KARYA 2026 dalam memperkasa ekosistem pendidikan melalui pembangunan kompetensi guru dan pada masa yang sama memberi ruang kepada murid untuk meneroka pembelajaran berasaskan inovasi dan teknologi.
Beliau berkata demikian pada Perasmian Penutupan Persidangan Kebangsaan Kajian
Tindakan: Transformasi Ke Arah Karya Akademik (KARYA 2026) di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, semalam.
Sementara itu, hasil penyelidikan yang dikentengah dan dibentangkan akan diterbitkan dalam prosiding sebagai sumber rujukan, inspirasi dan pencetus penambahbaikan amalan pendidikan.