
KUALA LUMPUR, 22 September – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
- Negeri terlibat: Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
- Amaran melibatkan daerah terperinci seperti Kubang Pasu, Kinta, Gua Musang, Setiu, seluruh Pahang, Hulu Selangor, Jelebu dan beberapa daerah di Johor.
- MetMalaysia mengeluarkan amaran apabila hujan melebihi 20 milimeter sejam dan amaran jangka pendek sah sehingga enam jam bagi setiap keluaran.
Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Di Kedah, amaran melibatkan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling, manakala di Perak membabitkan Kinta, Kampar, Kuala Kangsar, Batang Padang, Muallim, Kerian, Larut Matang, Selama dan Hulu Perak.
Di Kelantan, amaran melibatkan Gua Musang, manakala di Terengganu membabitkan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Amaran di Pahang meliputi seluruh negeri, manakala di Selangor membabitkan Hulu Selangor.
Di Negeri Sembilan, kawasan terjejas ialah Jelebu dan Jempol, manakala di Johor melibatkan Kota Tinggi, Kluang, Kulai, Johor Bahru, Pontian dan Mersing.
MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/j) yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.