
TOKYO, 21 September – Kuartet 4×200 meter (m) gaya bebas lelaki Malaysia memecahkan rekod kebangsaan pada final Sukan Asia di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.
- China memecahkan rekod Asia dengan masa 7:00.17, menjuarai acara diikuti Jepun (7:01.05) dan Korea Selatan (7:06.76).
- Kuartet Malaysia Khiew Hoe Yan, Ananda Lim, Jaydan Tan dan Arvin Shaun Singh Chahal menamatkan di tempat kelima dengan masa 7:18.79.
- Malaysia layak ke final setelah mencatat 7:22.05 pada saringan, menduduki ketiga dalam Saringan 2 di belakang China dan Jepun.
Khiew Hoe Yan, Ananda Lim, Jaydan Tan dan Arvin Shaun Singh Chahal mencatatkan masa 7 minit 18.79 saat(s) untuk mengakhiri saingan di kedudukan kelima, sekali gus mengatasi rekod kebangsaan terdahulu 7:19.50.
China memecahkan rekod Asia dengan catatan masa 7:00.17s untuk mengatasi rekod lama 7:00.91s, mengekori di tempat kedua ialah Jepun dengan 7:01.05s manakala Korea Selatan melengkapkan pentas podium di tempat ketiga menerusi catatan 7:06.76s.
Kedudukan itu menyaksikan kuartet negara menamatkan perlumbaan di hadapan Qatar, Thailand dan Singapura dalam final yang menghimpunkan lapan pasukan.
Malaysia mengesahkan tempat ke peringkat akhir selepas berada di kedudukan kelima secara keseluruhan pada saringan kelayakan dengan catatan 7:22.05s, menduduki tempat ketiga pada Saringan 2 di belakang China (7:11.70s) dan Jepun (7:13.02s).