
KUCHING, 21 September – Polis Sarawak terima dua laporan polis berhubung kejadian khianat dengan api dan baling objek disyaki bahan letupan mercun membabitkan kedai serbaneka di daerah Kuching dan Sri Aman.
- Pengarah PDRM Sarawak menasihatkan premis yang belum membuat laporan polis supaya berbuat demikian segera.
- Siasatan awal mendapati modus operandi hampir sama; dua suspek bertopeng membaling objek berisi bahan letupan atau mudah terbakar.
- Tiada kecederaan serius dilaporkan; motif disiasat di bawah Seksyen 436 dan dakwaan jual tambah nilai judi dalam talian turut disiasat.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkap Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menerusi kenyataan menasihatkan beberapa lagi premis yang belum membuat laporan polis supaya berbuat demikian dengan segera
“Siasatan awal mendapati kedua-dua kejadian mempunyai modus operandi hampir sama.
“Dua suspek lelaki bertopeng dan berpakaian gelap dipercayai membaling objek mengandungi bahan letupan atau mudah terbakar ke dalam premis.
“Tindakan tersebut menyebabkan letupan, kerosakan harta benda serta kebakaran dalam salah satu kejadian,” menurut kenyataan itu.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan. Motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan
Polis turut menyiasat dakwaan kedai terbabit menjual tambah nilai (top up) judi dalam talian. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.