
KUALA LUMPUR, 21 September- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada 3.31 petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Kejadian dilaporkan pada kedalaman 10 kilometer dengan koordinat 0.8 darjah Selatan, 122.7 darjah Timur.
- Pusat gempa terletak kira-kira 150 kilometer selatan Gorontalo, Indonesia.
- Penilaian awal METMalaysia menyatakan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, dengan koordinat 0.8 darjah Selatan dan 122.7 darjah Timur.
Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 150 kilometer selatan Gorontalo, Indonesia.
Menurut penilaian awal METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.