Serangan siber dalam sistem pengundian dalam talian, gagal

Kementerian Pembangunan Digital Rusia mengesan cubaan sabotaj/Foto REUTERS

MOSCOW, 19 September – Sistem pengundian dalam talian di Rusia tidak terjejas dan kekal beroperasi walaupun menjadi sasaran serangan siber besar-besaran ketika pilihan raya Parlimen yang sedang berlangsung dari 18 hingga 20 September ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Suruhanjaya: cubaan serangan gagal; semua perkhidmatan komunikasi dipulihkan.
  • Presiden Putin menuduh Ukraine cuba campur tangan tanpa mengemukakan bukti.
  • Keputusan pilihan raya dijangka menunjukkan sokongan kepada dasar Putin; ramai penentang konflik tidak dibenar bertanding.

Agensi berita Interfax melaporkan Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat, Ella Pamfilova memaklumkan cubaan serangan berkenaan, gagal dan semua perkhidmatan komunikasi telah dipulihkan.

Media kerajaan turut melaporkan Kementerian Pembangunan Digital Rusia mengesan cubaan sabotaj berkenaan.

Rakyat Rusia mula mengundi pada Jumaat dalam pilihan raya Parlimen yang berlangsung selama tiga hari.

Presiden Vladimir Putin sebelum ini, menuduh Ukraine cuba campur tangan dalam proses pengundian, namun tidak mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Keputusan pilihan raya itu dijangka digunakan oleh Kremlin sebagai bukti sokongan rakyat terhadap dasar-dasar Putin, khususnya berhubung tindakan ketenteraan Rusia dalam konflik Ukraine yang kini memasuki tahun kelima.

Namun, sebahagian besar calon yang menentang konflik berkenaan, dilaporkan tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya berkenaan.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.