Mesyuarat Lembaga Pengampunan: Hannah Yeoh tinggalkan Istana Negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 September – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara kira-kira pukul 9.42 pagi tadi selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hannah tidak memberi sebarang kenyataan kepada media.
  • Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat semula hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Najib.
  • Permohonan pengampunan Najib sebelum ini ditangguhkan pada mesyuarat minggu lalu dan kini menjadi agenda utama.

Hannah sebelum itu dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada kira-kira pukul 7.48 pagi.

Bagaimanapun beliau tidak memberi sebarang kenyataan kepada media yang berada di hadapan pintu 2 Istana Negara.

Sebelum itu, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijadual bermesyuarat semula hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Permohonan berkenaan sebelum ini ditangguhkan ketika mesyuarat lembaga itu pada minggu lalu.

Dilaporkan mesyuarat hari ini tertumpu kepada permohonan pengampunan Datuk Seri Najib yang menjadi agenda utama mesyuarat berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.