Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri hingga 12 tengah hari

Foto hiasan /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 September – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 12 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Negeri terlibat: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Kawasan Kedah terjejas termasuk Bandar Baharu, Kulim, Pendang, Pokok Sena, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Yan dan Baling.
  • Perak: Hulu Perak, Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar.
  • Melaka seluruh negeri; Johor: Muar, Tangkak, Batu Pahat; Sarawak (Miri, Limbang) serta Sabah termasuk Pantai Barat, Pedalaman dan Labuan.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Bandar Baharu, Kulim, Pendang, Pokok Sena, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Yan dan Baling serta seluruh Perlis dan Pulau Pinang.

Amaran sama dikeluarkan bagi beberapa kawasan di negeri Perak iaitu Hulu Perak, Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar.

Amaran itu turut melibatkan seluruh negeri Melaka dan di Johor melibatkan kawasan Muar, Tangkak dan Batu Pahat.

Sementara itu, kawasan terjejas di Sarawak ialah Miri (Marudi, Beluru, Miri dan Subis), Limbang. Manakala, di Sabah pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut dan Sipitang), Pantai Barat (Papar, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.