PMO buat laporan polis berhubung surat palsu projek PFI Lebuhraya PLUS

Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 17 September – Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama Perdana Menteri dan identiti rasmi pejabat berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Surat bertarikh 17 Julai 2026 tentang kelulusan PFI pelebaran Lebuhraya PLUS disahkan palsu oleh PMO.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat tersebut.
  • PMO menafikan kaitan dokumen dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.
  • Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya, menyebar atau berkongsi dokumen palsu itu; ia tular di WhatsApp.

PMO dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri telah diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya PLUS adalah palsu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan.

“PMO menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa dan tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan.

Terdahulu, tular di hantaran aplikasi WhatsApp sepucuk surat bertajuk ‘Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) Oleh Jemaah Menteri’ yang mendakwa cadangan projek pelebaran Lebuhraya PLUS arah utara mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Surat berkenaan turut memaklumkan kelulusan itu tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan kerajaan serta pematuhan kepada keperluan perundangan, kewangan dan teknikal yang berkuat kuasa.

Dokumen berkenaan juga memaparkan nama serta tandatangan yang didakwa milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.