
JOHOR BAHRU, 17 September – Kesan rantaian daripada krisis bekalan global sejak Mac lalu kini mula memberi tekanan kepada pasaran tenaga lain di negara ini, termasuk gas asli dan arang batu.
- Kenaikan harga petrol memberi tekanan kepada tarif elektrik negara.
- Kerajaan sedang meneliti mekanisme sesuai, dinilai oleh Perdana Menteri, untuk menangani isu bekalan tenaga.
- Berdasarkan kaedah tarif semasa, majoriti pengguna bawah 600 kilowatt tidak terjejas secara langsung.
- Keadaan cuaca panas dan berjerebu meningkatkan penggunaan elektrik dan menambah beban sistem tenaga.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan peningkatan kepada harga petrol malah turut memberi kesan terhadap tarif elektrik.
Sehubungan itu, kerajaan kini sedang meneliti mekanisme bersesuaian bagi menangani masalah berkenaan.
“Seterusnya kita lihat kesan itu sudah merebak ke bekalan tenaga lain termasuk dari segi harga gas asli, arang batu dan sebagainya.
“Tetapi sudah pasti mekanisme yang sedang dinilai oleh Perdana Menteri itu mungkin mempunyai ruang yang lain untuk kita teliti kerana berdasarkan kaedah tarif yang ada ketika ini, majoriti pengguna di bawah 600 kilowatt (kW) sebenarnya tidak mendapat impak secara langsung dari segi kedudukan atau harga bekalan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Klinik Kesihatan Johor Bahru di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee, di sini.
Tambah Akmal juga, keadaan cuaca yang panas dan berjerebu ketika ini juga menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.
Dalam pada itu, sebanyak RM169,000 daripada peruntukan Parlimen Johor Bahru disalurkan kepada lima fasiliti kesihatan bagi meningkatkan keselesaan pesakit dan menyokong kelancaran penyampaian perkhidmatan kesihatan awam di kawasan