Brazil, Itali, Korea dan Sepanyol mara suku akhir Piala Dunia Wanita B-20 FIFA

Foto REUTERS

POLAND, 17 September – Brazil, Itali, Korea dan Sepanyol menempah tiket ke suku akhir Piala Dunia Wanita Bawah 20 (B-20) FIFA selepas mengharungi pusingan 16 terakhir yang mendebarkan pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Brazil menyingkirkan Amerika Syarikat melalui penalti selepas seri 1-1; penjaga gol Thais Lima menyelamatkan sepakan pertama, Brazil sempurnakan lima sepakan.
  • Itali menyingkirkan China menerusi penalti selepas seri tanpa jaringan; China melambung sepakan kelima sekaligus mengesahkan kekalahan.
  • Sepanyol menyingkirkan Portugal yang beraksi dengan 10 pemain dan akan berdepan Brazil pada peringkat suku akhir.

Brazil menyingkirkan Amerika Syarikat menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan sebenar.

Brazil membuka jaringan pada pertengahan babak kedua apabila Sofia Couto menanduk masuk hantaran lintang Clarinha yang menewaskan penjaga gol Amerika Syarikat, Caroline Birkel.

Amerika Syarikat bagaimanapun hanya memerlukan masa empat minit untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak jauh Ainsley McCammon.

Kedua-dua pasukan kemudiannya gagal memecahkan kebuntuan sehingga tamat masa tambahan.

Keadaan itu menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan ditentukan menerusi penentuan penalti.

Penjaga gol Brazil, Thais Lima, muncul wira pasukannya apabila menyelamatkan sepakan pertama Amerika Syarikat, sebelum Brazil menyempurnakan kesemua lima sepakan untuk mengesahkan kemaraan.

Sementara itu, Itali turut memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menyingkirkan China selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.

Itali menyempurnakan semua sepakan penalti, manakala sepakan kelima China melambung melepasi palang, sekali gus memastikan tempat mereka dalam kelompok lapan terbaik.

Dalam pada itu, Korea Selatan menewaskan Argentina untuk mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2014.

Sepanyol pula menyingkirkan Portugal yang beraksi dengan 10 pemain untuk melengkapkan senarai pasukan yang mara ke suku akhir.

Sepanyol akan berdepan Brazil pada peringkat suku akhir dalam pertembungan antara dua pasukan yang masing-masing menampilkan aksi meyakinkan pada pusingan 16 terakhir. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.