RM100,000 naik taraf Perpustakaan SK Padang Matsirat ke arah digital

Foto RTM

LANGKAWI, 15 September – Perpustakaan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Matsirat bakal berwajah baharu menerusi peruntukan RM100,000 di bawah Program Sekolah Angkat MADANI.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tajaan Kementerian Kewangan disalurkan melalui LADA untuk memperkasakan pembelajaran digital murid.
  • Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus, menyampaikan cek untuk projek perpustakaan ke arah digital.
  • Dana akan digunakan menaik taraf infrastruktur seperti komputer, Android TV, penyaman udara, rangkaian Wi-Fi dan pendawaian baharu.

Inisiatif tajaan Kementerian Kewangan (MOF) itu disalurkan melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi memperkasa pembelajaran digital murid.

Peruntukan itu diumumkan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Langkawi A-KAWI Kali Ke-13 yang berlangsung di Auditorium Kompleks LADA, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus menyempurnakan penyerahan cek cura kepada sekolah berkenaan bagi melaksanakan projek bertemakan “Perpustakaan SK Padang Matsirat ke Arah Digital”.

Dana berkenaan akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur perpustakaan, termasuk penyediaan set komputer, android TV, penghawa dingin, rangkaian Wi-Fi serta pendawaian baharu bagi menyokong pembudayaan literasi digital.

Pada majlis sama, LADA turut meraikan 74 pelajar di daerah itu yang mencatat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.