
SEPANYOL, 15 September- Real Betis menewaskan Villarreal, 2-1 untuk naik ke tangga ketiga La Liga.
- Gerard Moreno membuka tirai jaringan pada minit ke-29.
- Cucho Hernandez menyamakan kedudukan sebelum Natan menjaringkan gol kedua empat minit kemudian.
- Villarreal kini berada di zon penyingkiran selepas gagal menang dalam lima perlawanan liga setakat ini.
- Juara bertahan Barcelona mendahului carta La Liga dengan lima kemenangan berturut-turut, diikuti Real Madrid dan Real Betis.
Skuad The Yellow Submarine membuka tirai jaringan menerusi Gerard Moreno pada minit ke-29.
Pasukan pelawat kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Cucho Hernandez sebelum Natan menjaringkan gol kedua, selang empat minit kemudian.
Kekalahan itu menyaksikan Villarreal berada di zon penyingkiran selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam lima perlawanan liga setakat ini.
“Ketika ini, segala-galanya tidak memihak kepada kami, malah pasukan lawan menghukum kesilapan kami.
“Kami perlu bersatu dan menampilkan aksi lebih baik, mungkin apabila kami sudah ketinggalan timbul rasa cemas. Itu membuatkan keadaan lebih sukar,” kata Moreno kepada Movistar.
Juara bertahan, Barcelona mendahului carta La Liga dengan lima kemenangan berturut-turut, diikuti pencabar terdekat, Real Madrid dan Real Betis. -AFP.