
RIYADH, 15 September – Seramai 13 orang awam cedera selepas kumpulan Houthi melancarkan beberapa serangan menggunakan peluru berpandu balistik dan dron ke selatan Arab Saudi pada Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
- Serangan menyasarkan kawasan awam di bandar Khamis Mushait, Abha dan Taif.
- Jurucakap koalisi memaklumkan mangsa mengalami kecederaan ringan hingga sederhana.
- Serangan menyebabkan kerosakan pada tujuh rumah dan dua kenderaan serta berlaku pada 14 September.
Koalisi tentera diketuai Riyadh yang memerangi kumpulan pemberontak pro-Iran itu berkata, serangan menyasarkan kawasan awam di bandar Khamis Mushait, Abha dan Taif.
Jurucakap koalisi dalam kenyataan di platform X memaklumkan, mangsa mengalami kecederaan ringan hingga sederhana.
Serangan berkenaan turut menyebabkan kerosakan pada tujuh rumah dan dua kenderaan.
Koalisi berkata serangan berlaku pada 14 September, namun tidak memberikan maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa atau tahap kerosakan keseluruhan.-AFP