Empat kanak-kanak lemas dipercayai cuba ambil bola

Foto Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi Tech

KULIM, 15 September – Empat kanak-kanak lelaki yang mati lemas di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, semalam, dipercayai cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis kata, menurut ibu mangsa, kanak-kanak keluar bermain bola sebelum bola itu terjatuh ke dalam longkang.
  • Longkang dianggarkan mempunyai kedalaman 3.05 meter dan lebar 1.83 meter.
  • Tiada saksi dilaporkan melihat kejadian berlaku.
  • Empat mangsa dikenal pasti, berusia antara 8 dan 12 tahun; semua dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, berdasarkan temu bual dengan ibu mangsa, kesemua kanak-kanak berkenaan keluar bermain bola sebelum bola itu terjatuh ke dalam longkang.

“Longkang berkenaan dianggarkan mempunyai kedalaman 3.05 meter dan lebar 1.83 meter. Tiada saksi yang melihat kejadian itu berlaku,” katanya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12, dan adik tirinya, Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8.

Dua lagi mangsa ialah Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, dan Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, malam tadi untuk bedah siasat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.