Raja Muda Perlis sempurnakan pelancaran Marnia Connect for Charity di Medan

Foto RTM

MEDAN, 14 September – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan pelancaran inisiatif ‘Marnia Connect for Charity’ yang menggabungkan bidang kecantikan dan kebajikan di Kota Medan, Indonesia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelancaran dilakukan menerusi Majlis Makan Malam Gala sempena Persidangan Antarabangsa NEXT-D 2026 di Restoran Bumbu Nusantara.
  • 100 peratus keuntungan jualan produk Marnia akan disalurkan untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser dan autisme.
  • Inisiatif mengangkat pendekatan keusahawanan sosial dengan memanfaatkan jaringan delegasi antarabangsa bagi memperkukuh usaha kebajikan.

Pelancaran itu disempurnakan menerusi Majlis Makan Malam Gala sempena Persidangan Antarabangsa Mengenai Teknologi Digital Generasi Baharu 2026 (NEXT-D 2026) di Restoran Bumbu Nusantara.

Pengasas Marnia, Profesor Adjunct Dr. Marniati berkata, pihaknya berbangga dapat memperkenalkan inisiatif berkenaan menerusi platform antarabangsa, sekali gus memperluas manfaat kepada golongan yang memerlukan.

“100 peratus keuntungan hasil jualan produk kosmetik Marnia akan disalurkan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser dan autisme.

“Inisiatif ini mengetengahkan pendekatan keusahawanan sosial dengan memanfaatkan jaringan delegasi antarabangsa yang hadir pada NEXT-D 2026 bagi memperkukuh usaha kebajikan,” katanya.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut Profesor Adjunct Dr. Marniati dan Dedi Zefrizal.

Turut mengiringi Baginda berdua ialah anakanda puteri kedua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.