KUSKOP sasar 10 Jualan MADANI di Pulau Pinang

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim – Foto RTM

GELUGOR, 13 September – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan penganjuran sekurang-kurang 10 program Jualan MADANI KUSKOP di Pulau Pinang, tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tujuh program Jualan MADANI telah dilaksanakan membantu rakyat menangani kos sara hidup.
  • Program menerima sambutan amat menggalakkan daripada komuniti tempatan.
  • Platform untuk penduduk mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.
  • Membuka peluang perniagaan kepada peniaga tempatan; lebih 80 jenis barangan ditawarkan termasuk daging dan bahan pencuci.

Menterinya, Steven Sim berkata, setakat ini tujuh program jualan telah dilaksanakan sebagai usaha membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Ia mendapat sambutan amat menggalakkan daripada komuniti tempatan.

“Di Pulau Pinang, sasaran kita 10. Tetapi kita akan lihat kepada keperluan dan kesesuaian. Manakala di seluruh Malaysia… jumlahnya masih belum dikira. Setakat ini, kita sudah melaksanakan (program jualan MADANI) di Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.

“Inisiatif ini bertujuan membantu rakyat dan penduduk setempat, khususnya dalam mengurangkan kos sara hidup serta kos barangan keperluan harian,” katanya.

Menurut beliau, selain menjadi platform bagi penduduk mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah, ia turut membuka peluang perniagaan kepada peniaga tempatan.

Lebih 80 jenis barangan keperluan ditawarkan kepada pengunjung merangkumi barangan basah, daging serta bahan pencucian rumah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program berkenaan di Island Glades, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.