Wanita warga India maut tergelincir selepas aktiviti menyelam di Pulau Renggis

Foto RTM

PULAU TIOMAN, 12 September – Seorang wanita warga India maut selepas tergelincir dan terjatuh ke laut ketika hendak menaiki bot, selepas melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Renggis di sini, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menerima laporan kejadian kira-kira pukul 10 pagi.
  • Mangsa, Sabiya Shiek, 65, sedang dibantu anaknya menaiki tangga bot selepas menanggalkan peralatan menyelam; ditemui tidak timbul kira-kira 15 minit kemudian.
  • Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek dan disahkan meninggal; kes diklasifikasikan mati lemas, bedah siasat dijadualkan di Hospital Kuantan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Sai Sharif Mondoi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10 pagi.

Menurutnya, mangsa, Sabiya Shiek, 65, sedang dibantu anak perempuannya menaiki tangga bot selepas menanggalkan peralatan menyelam sebelum tergelincir dan terjatuh ke laut.

“Mangsa bagaimanapun tidak timbul ke permukaan air sebelum ditemukan kira-kira 15 minit kemudian di dasar laut berpasir. Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek dan disahkan meninggal dunia,” jelasnya.

Beliau berkata sebelum kejadian, mangsa menyertai aktiviti menyelam bersama enam ahli keluarga dengan dibantu dua tenaga pengajar serta seorang penyelam penyelia daripada pusat selam berkenaan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati lemas, manakala bedah siasat dijadualkan di Hospital Kuantan pada Isnin,” ujarnya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.