
KUCHING, 29 Oktober – Seramai 14 individu warga tempatan dicekup di sekitar bandaraya ini kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
RINGKASAN BERITA AI
- Operasi polis dijalankan selama tiga hari bermula Ahad lepas.
- Seorang disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.
- Empat individu disiasat di bawah Seksyen 12(2); selebihnya di bawah Seksyen 15(1)(a).
- Rampasan 6.49 gram syabu bernilai kira-kira RM705; polis tidak akan berkompromi.
Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Alexson Naga Chabu, operasi dijalankan selama 3 hari bermula Ahad lepas.
Daripada jumlah yang diberkas, seorang disiasat di bawah Seksyen 39A, empat individu disiasat di bawah Seksyen 12(2) manakala selebihnya disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Polis turut merampas 6.49 gram dadah jenis syabu yang bernilai kira-kira RM705,” menurut ACP Alexson kepada media hari ini.
Beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran mahupun penyalahgunaan dadah.