Empat warga China didakwa culik lelaki Singapura di LTAPP

Foto RTM

BALIK PULAU, 10 September- Empat warga China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Singapura untuk mendapatkan wang tebusan, Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh Liu Ting Jun, Huang Jian, Wang Hao Yu dan Guan Siqi didakwa menculik Quek Aik Teng di LTAPP pada 26 Julai kira-kira 5.15 petang.
  • Pertuduhan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, hukuman 30 hingga 40 tahun dan sebatan jika sabit.
  • Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menolak permohonan jamin; mahkamah tetapkan 15 Oktober untuk serahan dokumen dan sebutan semula.

Tertuduh Liu Ting Jun, Huang Jian, Wang Hao Yu dan Guan Siqi didakwa menculik Quek Aik Teng di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, kira-kira 5.15 petang, 26 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menolak permohonan jamin terhadap keempat-empat tertuduh kerana mereka tidak layak mendapat jaminan.

Mahkamah menetapkan 15 Oktober depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya Ikmal Affendi Zulkifly mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Azizul Hilmi Zulkifli dan Edward Ng Kee Way.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.