
IPOH, 10 September – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri Perak selepas memperoleh majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, hari ini.
- Menggantikan Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang tamat penggal pada 24 Mei.
- Memperoleh 33 undi berbanding calon blok pembangkang Muhammad Zulkifli Muhamad Zakaria yang mendapat 26 undi.
- Lulusan Sains Politik Universiti Sains Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Tambun.
- Diangkat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak dan ahli Jawatankuasa Audit Bebas serta bukan eksekutif Kanger International Berhad.
Pelantikannya bagi menggantikan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang telah tamat tempoh penggal pada 24 Mei lalu.
Mohamad Hairul Amir memperoleh 33 undi mengatasi calon blok pembangkang Muhammad Zulkifli Muhamad Zakaria yang hanya memperoleh 26 undi.
Mendapat pendidikan tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sains Politik, beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Khas di Pejabat Ahli Parlimen Tambun.
Selain itu, beliau turut diberi kepercayaan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak (LAP) dan Ahli Jawatankuasa Audit Bebas dan Bukan Eksekutif Kanger International Berhad.
Terdahulu pemilihan Ahli Dewan Negara dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad pada hari terakhir Persidangan Dewan Negeri Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.