
KANGAR, 10 September – Seramai 90 ketua cawangan BERSATU Bahagian Kangar mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta.
- Hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti, kata bekas Naib Ketua Bahagian Faisol Rahman.
- Keputusan dibuat bukan terburu-buru selepas lama membangunkan parti di peringkat akar umbi.
- Hala tuju dan pendekatan kepimpinan semasa tidak selari dengan harapan serta aspirasi peringkat bahagian dan cawangan.
Bekas Naib Ketua Bersatu Bahagian Kangar, Faisol Rahman berkata tindakan tersebut dibuat kerana kesemua mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.
“Meninggalkan BERSATU bukan satu keputusan yang dibuat secara terburu-buru, namun setelah sekian lama membangunkan parti di peringkat akar umbi, kami merasakan sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti,” katanya.
Tambah beliau, hala tuju pengurusan parti serta pendekatan kepimpinan semasa yang tidak selari dengan harapan dan aspirasi di peringkat bahagian dan cawangan, menjadi antara pertimbangan keputusan tersebut dibuat.
Faisol berkata demikian dalam sidang media khas di Kuala Perlis di sini hari ini.
Daripada 90 orang keluar parti, tidak melibatkan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri BERSATU.