
Padawan, 8 September – Seorang pemandu jentera berat maut dalam satu kemalangan di Batu 16, Jalan Kuching-Serian pada Isnin.
- Siasatan awal: mangsa secara tiba-tiba mengubah laluan ke lorong kiri, menyebabkan kereta di belakang tidak sempat mengelak.
- Akibat rempuhan, mangsa tercampak ke tengah jalan dan disahkan mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.
- Dua individu dalam kereta tidak cedera; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Padawan, Pemangku Superintenden Barry William ketika dihubungi RTM mengesahkan, dalam kejadian kira-kira 7.45 malam, mangsa, Low Tit Fui, 38, meninggal dunia di tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Serian ke Kuching, secara tiba-tiba mengubah laluan ke lorong kiri menyebabkan sebuah kereta tidak sempat mengelak sebelum merempuhnya dari arah belakang.
Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke tengah jalan dan disahkan mati di tempat kejadian oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah di kepala.
Manakala dua individu yang berada dalam kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.