Tetak peneroka hingga maut : Individu 41 tahun direman

Suspek direman tujuh hari bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

PENGERANG, 28 Oktober – Seorang individu berusia 41 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tetak sehingga maut peneroka Felda Lok Heng, Kota Tinggi, Isnin lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah reman dikeluarkan oleh Mahkamah bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Mangsa ditemukan berlumuran darah di tepi jalan, mengalami kecederaan pada kepala dan kedua belah tangan.
  • Suspek ditahan di kebun sawit; sebilah kapak dan motosikal dirampas; mempunyai rekod jenayah serta dadah.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Hidayatul Syuhada Shamsudin bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek sebelum itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.45 pagi dengan berpakaian lokap.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, 68 tahun ditemukan berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan kawasan felda berkenaan.

Menurut kenyataan media Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad, siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan kedua belah tangan.

Dan susulan insiden berkenaan, suspek berjaya ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi semalam di dalam kebun kelapa sawit dan sebilah kapak serta motosikal dirampas.

Semakan awal mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.