Enam kedai terbakar, empat musnah sepenuhnya di Kuala Rompin

Foto JBPM Pahang

ROMPIN, 7 September – Enam kedai separa kekal jenis teres di Jalan Besar Bandar Lama, Kuala Rompin, terbakar, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat premis musnah sepenuhnya; dua kedai runcit rosak kira-kira 50 peratus.
  • Premis terlibat termasuk kedai perkhidmatan elektrik, stor, penginapan, salun rambut dan kedai buah-buahan serta dua kedai runcit.
  • Sebelas penghuni berada di premis ketika kejadian dan kesemuanya berjaya menyelamatkan diri.
  • Bomba kawal kebakaran pada 11.50 malam selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.00 malam; punca dan kerugian disiasat.

Kebakaran itu menyebabkan empat premis musnah sepenuhnya, manakala dua kedai runcit lagi mengalami kemusnahan kira-kira 50 peratus.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kebakaran membabitkan kedai perkhidmatan elektrik, stor, sebuah premis yang dijadikan tempat penginapan, salun rambut yang berkongsi premis dengan kedai buah-buahan serta dua kedai runcit.

“Seramai 11 penghuni berada di premis terbabit ketika kejadian dan kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.00 malam.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin dengan bantuan BBP Endau dan BBP Nenasi menjalankan operasi pemadaman menggunakan beberapa aliran hos.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.50 malam dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya menerusi kenyataan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.