
SERDANG, 9 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya isu kelewatan bekalan baja kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah, disiasat segera bagi memastikan golongan itu tidak terus menjadi mangsa.
- SPRM perlu campur tangan sekiranya siasatan mendapati unsur salah laku atau kegagalan memenuhi kontrak.
- Kenal pasti punca kelewatan bekalan baja, nilai syarikat pembekal; batalkan kontrak jika berulang.
- Isu sektor pertanian tidak boleh dipolitikkan; siasatan mesti adil dan berasaskan fakta.
Beliau berkata SPRM perlu campur tangan sekiranya siasatan mendapati wujud unsur salah laku atau kegagalan pihak yang dipertanggungjawabkan memenuhi kontrak bekalan.
” Jangan jadikan petani dan pesawah mangsa.Ambil tindakan. Kalau nak di hadapkan ke Mahkamah.. Hadap Mahkamah. Kalau nak di dakwa.. SPRM masuk.” Katanya pada majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia, MAHA 2026 disini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata punca kelewatan serta syarikat yang diberi amanah membekalkan baja perlu dikenal pasti, termasuk menilai sama ada syarikat berkenaan memenuhi janji dan tanggungjawabnya.
“Kalau syarikat yang besar seperti ini berulang kali melakukan kesilapan, batalkan. Ambil syarikat baharu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa isu berkaitan sektor pertanian tidak dipolitikkan, sebaliknya setiap aduan perlu disiasat secara adil berdasarkan fakta.