Serian dan Kuching terus rekod kualiti udara tahap berbahaya

Keadaan jerebu di Sarawak / Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Kualiti udara di Serian dan Kuching, Sarawak masih berada pada tahap berbahaya setakat 4 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serian rekod IPU 514, Kuching 313, menandakan kualiti udara pada tahap berbahaya.
  • Samarahan (288) dan Sri Aman (239) direkodkan pada tahap sangat tidak sihat.
  • 13 stesen lain catat IPU tidak sihat termasuk Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Samalaju, ILP Miri.
  • Johor dan Sabah turut catat kawasan tidak sihat; 38 kawasan sederhana dan 13 kawasan baik seluruh negara.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 514 manakala Kuching mencatatkan bacaan 313.

Dua lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Samarahan dengan bacaan 288 dan Sri Aman (239).

Sebanyak 13 stesen pula merekodkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan enam kawasan di Sarawak, iaitu Sarikei (183), Sibu (181), Mukah (178), Bintulu (159), Samalaju (153) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (152), manakala empat lagi di Johor dan tiga di Sabah.

Di Johor, bacaan IPU tidak sihat direkodkan di Pasir Gudang (151), Segamat (116), Larkin (126) dan Kota Tinggi (129) sementara di Sabah melibatkan kawasan Tawau (153), Sandakan (128) dan Politeknik Kota Kinabalu (151).

Dalam pada itu, 38 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana manakala 13 kawasan mencatatkan bacaan baik. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.