
KUALA KANGSAR, 2 September – Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari ketinggian kira-kira lima meter di Jambatan Victoria, Enggor, di sini pada Selasa.
- Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
- Saksi berkata kanak-kanak terjatuh ketika berjalan dan terjerumus ke dalam lubang pada jambatan.
- Polis menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital untuk melengkapkan siasatan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung kemungkinan kecuaian, diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Kita masih lagi dalam siasatan. Bagaimanapun, daripada saksi-saksi yang ada, budak itu jatuh apabila berjalan dan terjerumus ke dalam lubang jambatan tersebut,” katanya.
Polis kini menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung kemungkinan berlaku kecuaian, selain diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.
Abdul Rafee Abdul Halim, 3, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.