RCI TH: Bekas menteri direman lima hari

Foto RTM

PUTRAJAYA, 2 September – Seorang bekas menteri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di Arab Saudi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majistret Ezrene Zakariah mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki lingkungan 60-an selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret.
  • Suspek tiba di mahkamah memakai baju reman SPRM berwarna jingga.
  • Dia ditahan semalam sekitar 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.
  • Laporan RCI TH (29 Julai) rekod kelemahan pengurusan 2014 hingga 2020, pelaburan bermasalah, transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Majistret Ezrene Zakariah mengeluarkan perintah reman bermula hari ini hingga Ahad terhadap lelaki berumur lingkungan 60-an itu selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.

Terdahulu, bekas Menteri tersebut tiba di sini pada 10.25 pagi dengan memakai baju reman SPRM berwarna jingga.

Semalam, dia ditahan kira-kira 4.30 petang ketika hadir untuk memberi keterangan di SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.