Selangor angkat dua tokoh Kemerdekaan Negeri 2026

Foto RTM

KAJANG, 31 Ogos – Kerajaan Negeri Selangor buat julung kalinya menobatkan dua penerima Anugerah Tokoh Kemerdekaan Negeri Selangor 2026 sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar mereka kepada negeri dan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sjn (B) Bahari Ismail, Anggota Beruniform; terlibat Ops Bamboo 1976, ditembak tujuh das, empat peluru masih berada dalam tubuhnya.
  • Tan Sri Dato Paduka Raja Dato Wan Mahmood Pawan Teh; bekas Ahli Dewan Diraja Selangor dan Orang Besar Daerah Gombak, aktif dalam kebajikan.
  • Pengiktirafan negeri menghargai jasa dan pengorbanan mereka demi keamanan, kesejahteraan serta pembangunan Selangor dan negara.

Dua tokoh berkenaan ialah Sjn (B) Bahari Ismail bagi kategori Anggota Beruniform dan Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh, yang masing-masing mempunyai rekod khidmat serta sumbangan dalam bidang tersendiri.

Bahari pernah terlibat dalam pertempuran menentang pengganas komunis menerusi Ops Bamboo di Gerik, Perak pada 1976.

Dalam pertempuran yang berlangsung hampir 45 minit itu, beliau terkena tujuh das tembakan, dengan empat peluru masih berada dalam tubuhnya sehingga kini.

Sementara itu, Wan Mahmood pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dan Orang Besar Daerah Gombak, selain aktif dalam pelbagai kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan.

Antara sumbangan beliau termasuk memperjuangkan kebajikan pesara, usaha pencegahan dadah, kerja sukarelawan ketika bencana serta pembangunan komuniti.

Pengiktirafan berkenaan menjadi simbol penghargaan Kerajaan Negeri Selangor terhadap jasa dan pengorbanan tokoh yang telah mencurahkan khidmat demi keamanan, kesejahteraan serta pembangunan negeri dan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.