El Salvador isytihar amaran maksimum susulan kemarau akibat El Nino

Panama isytihar darurat susulan El Nino, selepas Honduras dan El Salvador turut terjejas akibat kemarau/ AFP

SAN SALVADOR, 26 Ogos – El Salvador mengisytiharkan amaran maksimum pada Selasa susulan kemarau akibat fenomena El Nino yang memusnahkan tanaman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan Perlindungan Awam isytihar amaran merah kemarau meteorologi dan pertanian, aktifkan pemantauan serta bantuan kepada komuniti terjejas.
  • Kementerian Pertanian sediakan bantuan makanan untuk keluarga luar bandar yang tidak mempunyai sistem pengairan.
  • Kemarau melibatkan koridor kering Amerika Tengah, turut jejaskan Honduras dan Nicaragua; Terusan Panama kurangkan trafik kerana paras air rendah.

Jabatan Perlindungan Awam menerusi kenyataan di platform X memaklumkan amaran merah bagi kemarau meteorologi dan pertanian berkuat kuasa di seluruh negara, selain mengaktifkan usaha pemantauan dan bantuan kepada komuniti terjejas.

Kekurangan hujan yang biasanya tinggi pada musim ini menyebabkan kemusnahan tanama, terutama di kawasan luar bandar.

Kementerian Pertanian turut menyediakan bantuan makanan kepada keluarga luar bandar yang tidak mempunyai sistem pengairan.

Beberapa kawasan perbandaran di El Salvador terletak di kawasan kering Amerika Tengah,yang turut meliputi sebahagian Honduras dan Nicaragua serta terdedah kepada cuaca ekstrem.

Sementara itu, El Salvador mencatat 14 rekod suhu baharu setakat Ogos, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kekurangan makanan.

Amerika Tengah kini berdepan kemarau teruk dengan Honduras meletakkan 80 peratus wilayahnya di bawah amaran, manakala Terusan Panama mengurangkan trafik perkapalan susulan paras air yang semakin rendah.

Minggu lalu, Peru mengisytiharkan darurat di satu pertiga bandarnya susulan kesan El Nino terhadap cuaca dan pengeluaran makanan.-AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.