Umat Islam perlu main peranan terjemah nilai Islam dalam dakwah – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Jabatan Perdana Menteri

SERDANG, 25 Ogos – Umat Islam perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan nilai-nilai Islam menerusi pentadbiran yang baik, kepimpinan berintegriti dan kesediaan membawa perubahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Usaha menjadikan Islam teladan kepada seluruh masyarakat dan umat manusia.
  • Utamakan pendekatan dakwah sensitif; elakkan nada yang menakutkan atau menyinggung.
  • Profesor, pemimpin dan mahasiswa perlu memimpin dengan teladan serta sedia membawa perubahan.
  • Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuntik semangat baharu; Islam sentiasa dinamik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha tersebut penting ke arah menjadikan Islam sebagai agama yang boleh diteladani seluruh masyarakat dan umat manusia.

Tambah beliau, pendekatan dakwah masa kini juga perlu diberi perhatian terutama ketika berdepan situasi masyarakat yang tidak mudah menerima Islam, serta berasa cemas dengan nada yang digunakan dalam penyampaian mesej agama.

“Sekiranya mentadbir dengan baik sebagai contoh profesor, pemimpin, mahasiswa berperanan dengan memimpin dengan baik. Tidak terkecuali juga Perdana Menteri. Kena ada kesediaan untuk membawa perubahan dan mesej yang jelas.

“Pandangan saya, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuntik semangat baharu, bukan mengekalkan keadaan lama. Obor Islam itu sentiasa dinamik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Putra Malaysia di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.