Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri, Wilayah Persekutuan

Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga 5 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Negeri terlibat di Semenanjung: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
  • Perak, Pahang dan Selangor dikenakan amaran khusus bagi beberapa daerah termasuk Kerian, Larut Matang, Kuantan, Maran, Klang dan Hulu Langat.
  • Sarawak dan Sabah turut terjejas; Sarawak (Mukah, Miri, Bintulu, Sibu, Limbang, Kuching, Sarikei, Kapit) dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan).

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang selain Perak meliputi Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim, Batang Padang, Kampar dan Kinta.

Di Pahang, kawasan terlibat ialah Bera, Rompin, Kuantan, Cameron Highlands, Maran dan Pekan, manakala Selangor (Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Sepang dan Hulu Langat).

Manakala, di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jempol dan Jelebu, manakala di Johor melibatkan Segamat.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak, melibatkan Mukah (Mukah), Miri, Bintulu, Sibu (Selangau dan Kanowit), Limbang, Kuching (Kuching dan Bau), Sarikei (Julau), Kapit (Belaga).

Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Keningau, Tambunan, Tenom dan Sipitang), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Kinabatangan).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.