Dr Congo terima lebih 16,000 dos vaksin Ebola

50,000 dos untuk petugas barisan hadapan/Foto AFP

KINSHASA, 22 Ogos – Lebih 16,000 dos vaksin Ervebo tiba di Republik Demokratik Congo (DR Congo) pada Jumaat, ketika negara berkenaan terus berdepan dengan wabak Ebola paling besar dalam sejarah.

RINGKASAN BERITA AI
  • WHO mengumumkan DR Congo akan menerima 70,000 dos vaksin Ervebo yang dihasilkan di Jerman.
  • Daripada 70,000 dos, 20,000 diperuntukkan untuk ujian klinikal dan 50,000 untuk petugas barisan hadapan.
  • Vaksin Ervebo dibangunkan oleh Merck, diluluskan penggunaannya, dan pernah digunakan secara besar semasa wabak 2018-2020.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis mengumumkan DR Congo bakal menerima sejumlah 70,000 dos vaksin Ervebo yang dihasilkan di Jerman.

Vaksin berkenaan dibangunkan syarikat farmaseutikal Merck telah diluluskan penggunaannya.

WHO memberitahu, daripada 70,000 dos yang disediakan, sebanyak 20,000 dos diperuntukkan bagi ujian klinikal, manakala 50,000 dos yang lain bagi petugas barisan hadapan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan DR Congo, Samuel Roger Kamba memaklumkan kepada media, vaksin Ervebo telah digunakan beberapa kali khususnya dalam skala yang besar ketika wabak pada 2018-2020.

Wabak Ebola di DR Congo setakat ini telah mengorbankan 2,516 nyawa daripada 5,290 kes, demikian menurut data terkini pihak berkuasa.

Dalam tempoh 50 tahun, wabak Ebola yang merebak sehingga mengakibatkan demam telah mengorbankan 15,000 nyawa di Afrika.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.