Pengurusan tertinggi FELDA perlu pastikan setiap isu ditangani secara menyeluruh – PM

PM mahu pengurus FELDA di seluruh negara memahami cabaran agar menjadi komunikator berkesan kepada peneroka / Foto BERNAMA

BANGI, 21 Ogos – Pengurusan tertinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) disaran memahami serta mengambil tahu keseluruhan permasalahan yang dihadapi agensi itu bagi memastikan setiap isu dapat ditangani secara menyeluruh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengurus FELDA perlu faham cabaran pengurusan, pelaburan dan tadbir urus untuk menjadi komunikator berkesan kepada peneroka.
  • Jangan terpengaruh propaganda kononnya tiada masalah; hadapi isu secara menyeluruh dan jangan meremehkannya.
  • Kerajaan komited mempercepat projek kebajikan asas dan pembaikan perumahan sekarang, jangan tunggu Belanjawan 2027; selesaikan isu legasi segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memberi saranan itu berkata, pengurus Felda di seluruh negara juga perlu memahami cabaran yang dihadapi termasuk isu pengurusan, pelaburan dan tadbir urus agar mereka berupaya menjadi komunikator berkesan kepada peneroka.

“Saya mahu pengurus tahu dan faham agar tidak mendengar propaganda kononnya tidak ada masalah dan perkara berkenaan kecil.

“Saya berulang kali sebut bahawa masalah ini kita tanggung dan mesti hadapi. Saya mahu pengurus FELDA keseluruhannya benar-benar menghadam permasalahan. Bukan dengan maksud untuk sekadar merasa lelah atau letih tapi tahu bahawa masalah mesti dan wajib ditangani,”katanya ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Tertutup Pengurusan Tertinggi dan Pengurus FELDA.

Datuk Seri Anwar ketika mengulas mengenai usaha pemulihan secara menyeluruh turut memberi jaminan kerajaan komited mempercepat pelaksanaan projek kebajikan asas termasuk peruntukan pembaikan perumahan pengurus serta peneroka tanpa perlu menangguhkannya sehingga Belanjawan 2027.

“Masalah seperti bumbung rumah bocor, tandas rosak, kerosakan dinding serta parit di sekeliling rumah perlu diberi perhatian segera tanpa menunggu pelaksanaan peruntukan secara berfasa,”katanya.

Beliau turut mengakui masalah berkenaan merupakan sebahagian masalah legasi yang telah lama ditanggung dan penyelesaiannya perlu dilaksana secepat mungkin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.