Menteri Luar lawat Brunei sempena EOL-27

Foto BERNAMA

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos -Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan kerja ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam bermula semalam (Khamis) hingga esok (Sabtu), sempena Mesyuarat Ke-27 Pelaksanaan Exchange of Letters (EOL-27) antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • EOL-27 berlangsung hari ini, disusuli Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) esok.
  • Mesyuarat EOL-27 dipengerusikan bersama untuk menyelesaikan isu dua hala dan meneroka kerjasama baharu.
  • Menteri dijangka menilai sempadan darat dan maritim serta memperkukuh kerjasama ekonomi; perdagangan 2025 RM5.86 bilion, Jan hingga Jun 2026 RM2.38 bilion.

Menurut Wisma Putra, EOL-27 berlangsung hari ini dan disusuli Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 antara Malaysia dan Brunei Darussalam (ALC-27) esok (Sabtu).

EOL merupakan dokumen yang ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara pada 2009, yang menggariskan bidang keutamaan dalam hubungan dua hala.

Mesyuarat EOL-27 akan dipengerusikan bersama Mohamad Hasan dan Menteri Luar Negeri Kedua Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Haji Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

Mesyuarat berkenaan menjadi mekanisme penting bagi menyelesaikan isu dua hala, meneroka bidang kerjasama baharu serta menyusuli hasil persetujuan yang dicapai kedua-dua pemimpin pada ALC-26 tahun lalu.

Kedua-dua menteri dijangka menilai kemajuan dalam beberapa isu dua hala, termasuk berkaitan sempadan darat dan maritim, selain membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Pada 2025, Brunei Darussalam merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan RM5.86 bilion (AS$1.37 bilion).

Sementara itu, bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, jumlah dagangan Malaysia-Brunei mencecah RM2.38 bilion (AS$600 juta), mencerminkan hubungan ekonomi dua hala yang terus kukuh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.