
SHAH ALAM, 20 Ogos- Selangor mencapai sasaran lapan pingat emas menerusi acara renang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang berlangsung di Akuatik Selangor di sini.
- Mohd Najwan Halimi berkata kejayaan hasil komitmen tinggi atlet, jurulatih dan semua pihak terlibat dalam persiapan temasya.
- Masih ada 27 acara renang dipertandingkan esok, dan mungkin akan muncul tambahan pingat emas sebagai bonus.
- Penyumbang emas termasuk William Daniel Scott, Eliza Tan Ai Shen, Shannon Tan dan kuartet negeri (4x100m rampaian berganti-ganti campuran).
- Dalam acara 200m individu lelaki, Adnan Aslan meraih perak sementara Goh Li Hen membawa pulang gangsa.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata kejayaan itu hasil komitmen tinggi atlet, jurulatih serta semua pihak yang terlibat dalam persiapan menghadapi temasya berkenaan.
“Setakat ini, kita telah mencapai sasaran lapan pingat emas bagi acara renang di Akuatik Selangor ini. Masih ada 27 acara yang akan dipertandingkan dan mungkin ada tambahan pingat emas.
“Kalau ada tambahan, kita anggap ia sebagai bonus untuk melonjakkan lagi kutipan pingat emas Selangor,” katanya.
Antara penyumbang emas Selangor ialah William Daniel Scott dalam acara 200 meter (m) kuak lentang lelaki, Eliza Tan Ai Shen (100m gaya bebas wanita), Shannon Tan (200m individu wanita) serta kuartet negeri dalam acara 4x100m rampaian berganti-ganti campuran.
Dalam acara 200m individu lelaki, Adnan Aslan meraih perak manakala Goh Li Hen membawa pulang gangsa.
Sebanyak 27 acara renang akan dipertandingkan di Akuatik Selangor esok.