PM kagum semangat, keberanian atlet muda SUKMA 2026

Facebook: Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap atlet muda yang beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 mampu melangkah lebih jauh untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri kagum dengan semangat, disiplin dan keberanian atlet muda SUKMA.
  • Beliau meluangkan masa beramah mesra dan menyaksikan aksi Muay Thai sempena temasya.
  • Selepas 28 tahun, Selangor kembali menjadi tuan rumah SUKMA.
  • Temasya menghimpunkan lebih 5,000 atlet, mempertaruhkan 468 pingat emas dalam 37 jenis sukan sehingga 24 Ogos.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Datuk Seri Anwar berkata beliau kagum dengan semangat, disiplin dan keberanian yang dipamerkan atlet muda ketika berkesempatan meluangkan masa beramah mesra serta menyaksikan aksi Muay Thai sempena temasya berkenaan.

“Semoga suatu hari nanti mereka berpeluang mewakili Malaysia dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa, insya-Allah,” katanya.

Selepas 28 tahun, Selangor kembali menjadi tuan rumah temasya dwitahunan kebangsaan itu yang menghimpunkan lebih 5,000 atlet muda dari seluruh negara bagi merebut 468 pingat emas dalam 37 jenis sukan hingga 24 Ogos ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.