PM ziarah, mohon nasihat dan doa tiga tokoh ulama dunia Islam

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi tiga tokoh ulama terkemuka dunia Islam yang sedang berada di Malaysia ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri bertanya khabar, memohon nasihat dan doa serta merakamkan penghargaan atas kesudian ulama berkongsi ilmu.
  • Kehadiran para ulama menyemarakkan syiar Islam di tanah air dan membina platform perkongsian ilmu dan hikmah.
  • Semoga kunjungan menjadi asbab bertambah ilmu, keberkatan, kecintaan kepada agama serta memperkukuh masyarakat berakhlak dan harmoni.

Mereka ialah tokoh ulama hadis Mesir Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muhaddith Syeikh Dr Mustafa al-Nadwi Al-Hasani, Syeikh Qurra’ Dunia Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muqri’ Syeikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawy dan Penjaga Utama bagi Wakaf Masjid dan Maqam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Al-Syeikh Maulana Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani.

Beliau menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kesempatan itu gunakan untuk bertanya khabar, memohon nasihat dan doa serta merakamkan penghargaan atas kesudian mereka hadir berkongsi ilmu dan hikmah, di samping menyemarakkan syiar Islam di tanah air.

“Alhamdulillah wa syukrulillah. Di celah kesibukan jadual harian, saya berkesempatan singgah ke Nasyrul Quran untuk menziarahi tiga tokoh ulama besar dunia Islam yang sedang berada di Malaysia.

“Semoga kunjungan para ulama ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, keberkatan dan kecintaan kepada agama serta memperkukuh usaha kita membina masyarakat yang berakhlak, berilmu dan hidup dalam keharmonian, insya-Allah,” menurut hantaran itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.