Lima kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

Foto RTM

KUCHING, 19 Ogos – Lima kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat 9 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serian (156), Kuching (154), Sri Aman (152), Samarahan (113) dan Mukah (106) merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
  • Tinjauan RTM di Kuching melaporkan jarak penglihatan semakin terjejas akibat jerebu berbanding semalam.
  • Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 156, diikuti Kuching (154), Sri Aman (152), Samarahan (113) dan Mukah (106).

Tinjauan RTM di sekitar Kuching mendapati jarak penglihatan semakin terjejas berbanding semalam susulan keadaan berjerebu.

Sementara itu, sebanyak 58 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan pada tahap sederhana antara 51 hingga 100, manakala lima kawasan lagi mencatatkan kualiti udara baik dengan bacaan di bawah 50.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.