
CINCINNATI, 18 Ogos– Bintang tenis Amerika Syarikat, Serena Williams dan Venus Williams tewas kepada gandingan Payton Stearns dari Amerika Syarikat dan Marta Kostyuk dari Ukraine, 2-6, 6-1, 8-10 di Terbuka Cincinnati, awal pagi tadi.
- Serena, 44, dan Venus, 46, mengumpul 14 gelaran Grand Slam serta tiga pingat emas Olimpik bersama.
- Kedua-dua memulakan set pertama dengan kehilangan servis sekali setiap seorang.
- Stearns dan Kostyuk memenangi enam daripada tujuh permainan terakhir untuk menutup set pertama 6-2.
- Dalam tie-break 10 mata, mereka ketinggalan 0-6 kemudian 2-8, bangkit hampir menyamakan tetapi Venus melakukan double fault pada mata terakhir.
Serena, 44, dan Venus, 46, yang mengumpul 14 gelaran Grand Slam serta tiga pingat emas Olimpik secara bersama memulakan set pertama dengan kurang baik apabila masing-masing kehilangan servis sekali.
Stearns dan Kostyuk kemudian memenangi enam daripada tujuh permainan terakhir untuk menguasai set pertama 6-2.
Bagaimanapun, adik-beradik Williams itu bangkit dalam set kedua dengan mendominasi permainan sebelum memenanginya 6-1 untuk mengheret perlawanan ke tie-break 10 mata.
Serena dan Venus ketinggalan 0-6 dan kemudian 2-8 dalam tie-break sebelum bangkit merapatkan jurang, namun tewas selepas Venus melakukan kesalahan berganda pada mata terakhir.
Ini merupakan penampilan beregu pertama mereka bersama sejak Terbuka Amerika Syarikat 2022. -AFP