Aubameyang jaring gol, Deportivo seri dalam aksi kembali La Liga

Pierre-Emerick Aubameyang / Fail Reuters

MADRID, 18 Ogos- Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol pada penampilan sulungnya namun Deportivo La Coruna terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Elche dalam aksi pertama mereka kembali ke La Liga selepas lapan tahun, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Deportivo kembali ke divisyen utama buat kali pertama sejak tersingkir pada musim 2017/18 ketika Clarence Seedorf menjadi jurulatih.
  • Kelab pernah menjuarai La Liga 1999/2000 dan mencapai suku akhir Liga Juara-Juara dua kali serta separuh akhir sekali.
  • Pierre-Emerick Aubameyang menyertai dari Marseille pada Julai lalu dan dijangka menjadi tonggak penting untuk usaha mengekalkan kedudukan.

Deportivo kembali ke saingan divisyen utama buat kali pertama sejak tersingkir pada musim 2017/18 ketika Clarence Seedorf menjadi jurulatih.

Kelab yang pernah menjuarai La Liga pada musim 1999/2000 itu turut melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali dan separuh akhir sekali pada awal 2000-an.

Deportivo juga pernah mengharungi empat musim di divisyen ketiga sebelum kembali ke La Liga selepas menamatkan saingan La Liga 2 musim lalu sebagai naib juara.

Aubameyang membuka jaringan pada pertengahan separuh masa pertama menerusi penyudah menarik selepas mengawal hantaran jauh Lorenzo Amatucci sebelum melepaskan rembatan kaki kiri ke penjuru bawah gawang.

Penyerang berusia 37 tahun itu menyertai Deportivo dari Marseille pada Julai lalu dan dijangka menjadi antara tonggak penting dalam usaha kelab itu mengekalkan kedudukan dalam La Liga.

Bagaimanapun, Deportivo gagal mempertahankan kelebihan apabila tandukan Marc Aguado pada minit ke-76 memastikan Elche membawa pulang satu mata. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.