Trepy dalam ICU selepas hampir lemas

Yael Trepy ditidurkan selepas terlibat dalam insiden di kolam renang – Foto AFP

ROM, 17 Ogos – Pemain Perancis, Yael Trepy, yang beraksi bersama kelab Serie A, Cagliari, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas dilaporkan hampir lemas di sebuah kolam renang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Yael Trepy kini dirawat di unit rawatan rapi di hospital Sassari, Sardinia.
  • Cagliari berhubung rapat dengan pasukan perubatan dan keluarga, meminta ruang privasi dan menjanjikan perkembangan lanjut.
  • Laporan media menyatakan Trepy dipercayai hampir lemas di kolam di Porto Cervo dan kemudian dibawa ke hospital.

Cagliari mengesahkan pada Isnin bahawa pemain berusia 20 tahun itu kini berada di ICU sebuah hospital di Sassari, Sardinia.

“Kelab kini berhubung rapat dengan pasukan perubatan dan keluarga pemain,” menurut kenyataan Cagliari.

Bagaimanapun kelab itu tidak mendedahkan keadaan atau punca sebenar kejadian, selain meminta ruang privasi diberikan kepada pemain dan keluarganya serta berjanji akan mengeluarkan perkembangan lanjut apabila sesuai.

Menurut laporan media Itali, Trepy dipercayai diselamatkan selepas tertelan banyak air ketika berada dalam sebuah kolam renang di Porto Cervo, utara Sardinia, pada Ahad.

Laporan sama mendakwa Trepy kemudian diterbangkan ke hospital dan ditidurkan bagi membantu menstabilkan keadaannya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.