
KUANTAN, 17 Ogos – Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia terus disemarakkan menerusi agihan kira-kira 2,000 kit Jalur Gemilang kepada peniaga dan pengunjung di Art Street di sini.
- Inisiatif galak masyarakat kibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis sepanjang Bulan Kebangsaan.
- Kempen membudayakan amalan 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme dan cinta negara.
- Program JAGO gunakan pendekatan santai gabungkan hiburan dan penyampaian maklumat Bulan Kebangsaan.
- Memberi ruang kepada masyarakat tingkat kesedaran tentang semangat kemerdekaan serta memupuk kecintaan terhadap negara.
Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Pahang, Rohani Chik yakin menerusi inisiatif sepertii itu berupaya memberi galakan kepada masyarakat untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman serta premis-premis perniagaan sepanjang Bulan Kebangsaan.
“Kempen seperti ini turut membudayakan amalan 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme dan semangat cintakan negara,”kataya selepas Program Hiburan Berinformasi
Japen Arena Penggerak Komuniti (JAGO) sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026, di Art Street.
Beliau dalam pada itu mengakui program JAGO merupakan pendekatan santai yang menggabungkan elemen hiburan dan penyampaian maklumat berkaitan sambutan Bulan Kebangsaan.
Selain persembahan hiburan, program turut memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menghayati semangat kemerdekaan dan memupuk kecintaan terhadap negara.
Bagi pengunjung, penganjuran program seperti itu merupakan platform untuk terus menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.