Seorang wanita maut dalam serangan Rusia ke atas Ukraine

Serangan Rusia mengorbankan seorang wanita dan mencederakan sekurang-kurangnya tujuh orang di Kriyvyi Rig, Kyiv, menurut pihak berkuasa./ AFP 

KYIV, 16 Ogos – Serangan Rusia menggunakan peluru berpandu balistik dan dron ke atas Ukraine mengorbankan seorang wanita dan mencederakan sekurang-kurangnya tujuh yang lain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kryvyi Rig, kampung halaman Presiden Zelensky, disasarkan dan dua tapak perindustrian terjejas mengakibatkan operasi menyelamat dan pemadaman.
  • Ketua Majlis Pertahanan tempatan Oleksandr Vilkul memberi amaran kemungkinan serangan susulan.
  • Moscow dilanda serangan dron besar; kiraan 600 dron dilaporkan, 201 dimusnahkan, tiga cedera di sekitar MKAD.
  • Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan dron dan peluru berpandu, Kyiv sasar kemudahan ketenteraan, industri dan logistik di wilayah Rusia.

Serangan menyasarkan Kryvyi Rig, kampung halaman Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, menurut gabenor wilayah.

Ketua Majlis Pertahanan tempatan, Oleksandr Vilkul, memberi amaran kemungkinan berlaku serangan susulan.

Beliau berkata tentera Rusia menyasarkan dua tapak perindustrian di bandar berkenaan, menyebabkan operasi menyelamat dan pemadaman kebakaran dijalankan.

Sementara itu, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata serangan dron berskala besar menyasarkan wilayah ibu negara Rusia itu sepanjang malam.

Menurut Sobyanin, sebanyak 600 dron terbang menuju wilayah Moscow dari petang Sabtu hingga 6.30 pagi Ahad waktu tempatan, dengan 201 daripadanya berjaya dimusnahkan di wilayah Moscow.

Beliau berkata tiga orang cedera di kawasan MKAD, iaitu lingkaran jalan raya Moscow, dan menerima bantuan perubatan.

Serangan turut dilaporkan berlaku di wilayah Rostov, selatan Rusia yang bersempadan dengan Ukraine, dengan tiga orang terbunuh dan seorang lagi cedera.

Gabenor Rostov, Yuri Sliusar, berkata lebih 150 dron dan peluru berpandu dimusnahkan di tiga bandar dan sembilan daerah di wilayah berkenaan.

Serangan itu merosakkan bangunan kediaman dan perindustrian di daerah Kamensky.

Ukraine meningkatkan serangan menggunakan dron ke sasaran jauh di dalam wilayah Rusia, termasuk kemudahan ketenteraan, industri dan logistik, dengan Kyiv menyifatkannya sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan Moscow.

Rusia pula meneruskan serangan menggunakan peluru berpandu dan dron ke seluruh Ukraine sejak melancarkan pencerobohan berskala penuh pada 2022, termasuk terhadap kawasan yang jauh dari medan perang. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.