Letupan gegarkan Kiev susulan amaran peluru berpandu balistik

Gambar Fail / Foto AFP

KIEV, 16 Ogos – Beberapa siri letupan kuat mengegarkan ibu negara Ukraine awal pagi Ahad, sejurus selepas pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran ancaman serangan peluru berpandu balistik oleh tentera Rusia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pentadbiran Tentera Kiev mengesahkan keadaan cemas dan menggesa semua penduduk segera berlindung di kawasan selamat.
  • Kebakaran berlaku di sebuah bangunan bukan kediaman di daerah Obolonsky; jumlah korban atau kecederaan belum dapat dipastikan.
  • Rusia mendakwa sistem pertahanan udara mereka memusnahkan kira-kira 28 dron yang ditembak ke arah Moscow.

Pentadbiran Tentera Kiev menerusi saluran Telegram mengesahkan keadaan cemas berkenaan dan menggesa semua penduduk segera berlindung di kawasan selamat kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan.

Datuk Bandar Kiev, Vitali Klitschko mengesahkan serangan tersebut dan menyatakan ibu negara itu kini berada di bawah sasaran peluru berpandu balistik.

“Terdapat letupan di ibu kota. Kiev kini diserang peluru berpandu balistik,” katanya.

Menurut Klitschko dan pihak berkuasa tempatan, satu kebakaran tercetus di sebuah bangunan bukan kediaman di daerah Obolonsky tidak lama selepas letupan berlaku.

Bagaimanapun, jumlah korban atau kecederaan masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Rusia mendakwa telah menyekat serangan dron secara besar-besaran yang menuju ke arah ibu negaranya, Moscow.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin memaklumkan pertahanan udara Rusia berjaya memusnahkan kira-kira 28 dron yang ditembak ke arah ibu kota tersebut.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.